-->
Welcome to My Blog . Happy blogging !
skip to main | skip to sidebar
RUANG RASA FARESHA AZAHAR

Monday, 31 December 2012

AQDANADIEYA















*rinduusemuanienadieya*
saya sayang semua nie biar pun ianya dah pon berlalu  ^_^
harap satu hari nanti kita dapat jumpe secara live lagi ye . akak sayang kamoo !


Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 8:29 pm No comments:

IFArehaZ

iFArehaZ pages jualan perfumes :) kesihatan & kecantikan biar pOwn owner nye ta cun , apatah lagi canteq ! TAPI ingat ye !!! keCHANTEQkan itu kan kertas 2(subjektif) . hehe. 
oke . malas buang jam , teros kepada isipenting bagi aq yang pertama .
perfume yang aq jual ni sebelum tu aq nak perkenalkan latar belakang nya dahulu :)

PURE MEDITERRANEAN PERFUMES GRED A adalah sangat tinggi tahap kepekatan dan konsentrasinya. Kami menawarkan pelbagaI variasi haruman GRED A untuk lelaki dan wanita dimana ianya tahan lebih lama. Produk-produk antarabangsa yang berada di pasaran biasanya 75%-85% mengandungi alkohol, etanol atau air. Alkohol dan etanol membuat aroma parfum lebih kuat daripada yang sebenarnya dan menghilang dalam beberapa jam sahaja.

KENAPA ANDA PERLU MEMBAYAR UNTUK JENAMA, DESIGNER BOTOL DAN ALKOHOL. Seperti yang kita semua tahu, alkohol adalah agen pengeringan, maka anda tidak hanya memerlukan keharuman tetapi ketahanan bauan tersebut tanpa pengeringan kulit anda dan sebagainya. PURE MEDITERRANEAN PERFUMES adalah wangian yang tidak mengandungi alkohol, etanol atau air. Kami menjaga kualiti haruman supaya ia tidak mendatangkan iritasi dan sebagainya.Kebanyakan orang yang mempunyai alergi dan masalah sinus telah mendapati yang mereka alergi terhadap alkohol dan etanol. Mereka boleh mengunakan PURE MEDITERRANEAN PERFUMES.SELAMAT MENCUBA!!

oke , dapat bayangkan sikit ta cne pfume  ni?biodata dah tau . jom tgok paras rupanya pulak ? mane tau dari mata jatoh ke jantong ?




SESI PENGENALAN RINGKAS :)

Memperkenalkan "Pure Mediterranean Perfumes" produk yang dicetuskan oleh Enigma Tech sebuah entiti perniagaan yang berjaya didalam bidang kecantikan. Produk ini merupakan pati minyak wangi tulen GRED A yang diimport khas bagi menepati citarasa haruman yang anda kehendaki.

"Pure Mediterranean Perfumes" didatangkan secara eksklusif bagi memberikan anda alternatif untuk sentiasa diharumi dengan rumusan bau-bauan pati minyak wangi yang berkonsepkan

'Long Lasting Fragrances'


KENAPA ANDA HARUS MEMILIKI PRODUK PURE MEDITERRANEAN PERFUMES :
  • Produk ini di kompilasikan dengan variasi pati haruman yang berlainan dan bersesuaian mengikut gender sipemakai.
  • Pati wangian GRED A yang diilhamkan dari senarai minyak wangi terkenal antarabangsa memberikan anda kepuasan sepenuhnya.
  • Pure Mediterranean Perfumes tidak mempunyai alkohol dan ianya sangat sesuai bagi pengguna Muslim.
  • Ianya 100% pati asli tanpa campuran air ataupun White Oil.
  • Produk ini diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi.
  • Tahan Lebih Lama ! Harga yang Berpatutan ! Tiada Tandingan!

MISI & OBJEKTIF

  • “Kami ingin memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami selain menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan tersendiri dengan modal yang berpatutan”




 oke , tu laa owner nye :) kak furyna :)  usahawan muda !!! 

oke , perfume2 ni sume murah . dan berkualiti dan wangi gilakkk !
harga nya rm1sahaja !!! percaya tak ?percaya tak ? *____*
oke la , rm1 tu nak 28 keping ye adik-adik !






dalam setiap set kalau korang bayar rm28 , korang akan jumpaa 4 jenis haruman yang berlainan dalam setiap set  :)bleh tukaa hari hari . bleh jugak share dengan bFF , dgn somi , dengan bonda , walid , jiran sebelah , ketua kampung , dan juga pengetua ! gagaga .

klaw yang antara 4 jenis tu dye dok syok dan setia kat 1 bau saja kan , dan memtuskan unntuk tidak curang dengan haruman yang lain , korang bleh pilih yang ini pulak :)
yang ni korang kne keluarkan rm5 sebanyak 5 keping !!!
CAKKKK !!!

yang bestnya ni dalam kotak yang dibuat daripada kayu ! nampak ta keantikannya disitu ? 
dan dia 10 ml tau ! n tahan 48 jam :) 
korang rasa tertarik , rasa nak try ? rasa nak bau ? rasa nak bagi hadiah kat orang ?
rasa sayang duit ??? ouh tIDAKkkkkk . jangan sayang duit anda sebab mende ni memang berbaloi baloi kaloi . 
call me @ bwat super saver kat no nieh jika rasa jatoh hati kat produk ni :) bukan pada orang nya okeh ? diulangi , pada produk @ perfumes :)







Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 8:11 pm No comments:

Saturday, 29 December 2012

HARI PERSARAAN DATIN AISHAH AZAHAR


sangat sedih hari ni . harap hujan tak turun :)
sebab hari ni aku trpaksa la memutuskan pengisytiharan kepencenan kerja di TEMAN DIGITAL . 
Siapa TEMAN DIGITAL ? APA KEBENDE TEMAN DIGITAL ?

Teman Digital ialah sebuah perniagaan ICT yang ditubuhkan pada 17 September 2007. Ia telah dibentuk hasil daripada Program Latihan dan Pembentukan KPerak Infomediaries bertempat di Pusat Latihan UITM, Kg Gajah. Berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai kursus dan latihan berkaitan ICT di seluruh negeri Perak.
Terlibat dengan projek latihan ICT Desa di bawah Program Merapatkan Jurang Kemiskinan Digital Negeri Perak (KPerak Komuniti Bridz 1.0 dan 2.0) yang merupakan projek Kerajaan negeri Perak melalui anak syarikatnya, KPerak INC sejak Oktober 2007 hingga awal tahun 2012.

 

Perkhidmatan Kami

Teman Digital juga telah mengembangkan skop perniagaan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan seperti berikut
  • Penjualan dan penyelenggaraan komputer
  • Perunding ICT
  • Perkhidmatan fotostat dan faksimili
  • Percetakan Digital : banner, banting, poster, kad kahwin dll
  • Rekabentuk grafik
  • Penyewaan bilik seminar
  • Membekal alatulis
  • Membekal dan menyewakan mesin-mesin pejabat
  • Membekal tenaga pengajar
  • Membekal alat bantuan mengajar
  • Pengurusan acara, kem dan seminar
  • Pusat Pembelajaran Score A

Hubungi Kami

Alamat : 
No. 14, Persiaran Melur, Taman Melur, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon : 0195545922

ouh , my lovely boss is kak fathiyah ahmad :)


okeee . teka mana 1 my lovely boss ???

aq tade pic single dye coz kne la curik2 amik pic dye + fmly dye :)
mohon ijin ya kak :p
dalam manyak2 majikan yang penah aq keje sampai aq jd majikan , dia la satu-satu nya setakat ini yg majikan yg agak best tahap gaban . adakah sebab kami sama-sama kelahiran anak MALAYSIA ? BULAN MERDEKA ? haha . (ade kne gna ke ) ?

oke , myb buat masa sebulan dua ni aq akn jd elergic tgok mende2 ni coz akn mmbuat kan aq rasa nak mlangkah ke TEMAN DIGITAL semula . 

Pertama : 

ini orang kampung cakap mesin faksimili + scanner :)


Kedua : 


ni mesin ftastat . kdai ni ade 2 mesin :) mle2 aq ta reti nak guna yg mesin baru punyaa :) sebab canggih sangat . saat-saat terakhir baru lah expert sikit . tp sikit jelah tau !!!

Ketiga : 


sejak my boss bagi kunci spare part , i lah yg kne bkak pntu2 ni :) part ni laa aq amik masa sangat utk bkak . sebab aq rasa aq yang terangkat masa nak bukak pntu ni . :) n mse first time nak bkak , OMG nye !!! ta bgerak langsung even aq dah bwat gaya HULK versi pinky tau !!!

Keempat : 



oke . ini kerusi urut :) perkhidmatan tambahan kat kedai ni selain beronline :) 15 minit = rm4 sahaj oke .
sementara menunggu perkhidmatan anda disiapkan mengikut yang anda idam kan , bleh la lepak kat sini kejap :) 

ni la tempat keje aq :) tempat melepaskan rindu :D








oke :) pewaris tempat aq adalah adik mizan . aq rasa mmg dah lme knai dia . knai dari mke jelah coz ktorang memang pengunjung tegar perpustakkaan awam batu gajah :)

dan sememangnya memang aq sangat sayang-sayang kan nak tinggal kan kerja tu lah !!! sebab memang minat aq :)


love u teman digital !!!

rugi sangat sebab aq start keje lambat . tu sume di sebab kan komitmen !!!
klaw ta mengenangkan komitmen aq dalam dunia KAFA , memang takkan ku berhenti ......
harap2 nanti dpt la ku kembali bkerja d sane lagi :)

tengs 4everything kak fathiyah !!! my boss :)




Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 10:12 pm No comments:

Friday, 21 December 2012

PENANGAN TEH TARIK

adakah patut teh tarik dipersalahkan dalam hal ini ?? hurm .
semestinya yew kan ???

ini lah teh yang buat ana menulis malam-malam begini 
(memang yang ini . haaaa , ini la dia . memang tanpa ragu-ragu lagi).



 sedangkan bantal - tilam - selimut dah menunjukkan aksi kejelesaan kerna aq ta menggunakan mereka . aq memilih untuk menghidupkan suiz , on lappy , menaip isi yang tidak di draf :)

malam-malam yang hening begini , minda-otak-fikiran-mata-hidung-telinga semua fokus pada sesuatu.
disebabkan rasa malas yang melantun-lantun dalam diri , aq memilih untuk menulis di blog :)

SEBAB PEW ?

*sebab blog klau silap terus backspace @ dlete . tayah nak pkir nak tulis macamana . dah salah karang dilema nak guna liquid ke sticker ? ta payah sangat la kan ? ngee #

oke . na story sikit nie . rahsia hati . 

sempena cuti sekolah ni , aq memilih untuk menambah pendapatan di mana-mana tempat kerja yang bukan saja dapat menambahkan wang , tapi menambahkan ilmu di dada .

dan selepas aq iklan kan kat pages batu gajah , Encik Zuki Jutawan menawarkan aq kerja di kedainya . Dan beliau meminta aq hubungi Cik Fathiyah .

#jap3 . nape ttbe bleh guna bahasa baku ni ?

ni laaa tempat keje saya :)


tempat kerjaa yang best tahap bintang di langit




Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 12:39 am No comments:

Thursday, 1 November 2012

KEMBALI UNTUK KALI KE2


ouh ? dah sampai rupanya aq ! 
bwat2 tataw pulak daaa . klaw dah naik ni , kat mane lagi van / teksi yang taat pada fevret kaler awak , cik aisya ! 


tengok tu , pink !!! skew nye ! sejuk perot ! ( apa kena mengena nya ? ) dapat juga menghilangkan rasa sakit hati , sakit tangan , sengal-sengal badan sebab bawak beg yang melebihi muatan . beg yang lagi berat dari berat badan . hoho .



hurm ? check in kat sini lagi ? ni kali kedua aq ziarah pangkor dan kali kedua aq check in kat sini . kat sini best jugak . aman damai makmur kaya raya . tapi yang tak best nya tv nya terhad chanel nya !!! kat sini aq berkira gile pasal tv padahal kat rumah , setelah dibuat bancian , aq lah insan yang paling kurang menonton televisyen . hehe . 




bilik 19 . tingkat atas , bilik yang sama dengan kali pertama aq menjejakkan kaki ke lyana villa ni . tak sangka dapat lagi merasa keempukan katil itu ! 
tapi yang bezanya dulu penghuni nya aq - kak long - najihah . tapi kini aq ngan kak long jew sebab najihah dah sambung belajar kat upm . huhu . 
agak-agak ade lagi tak sabun muka najihah yang tertinggal dulu masa ktowg menghuni bilik ni . heheh .
najihah takde , tade la aq kne berebot tdo tengah2 dengan dia . hehe . missyounajihahnorafand ! & aq mula endail nombor najihah untuk membangkitkan rasa cemburu nya . hahak .



jom makan ! 

bak kata pemandu pelancong kita orang , kat sini menu ni sedap ! 
kedai ni bukak pada waktu sore sahaja . hehe . dan yang menariknya & unik nya kedai ni , dia hanya menyediakan air sirap & air barli sahaja ! dan kedai ni jugak pnah masuk tv tau ! dalam rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN . 

oMG ! kedatangan kami kali kedua ni langkah kiri laa . laksa goreng sudah kehabisan mbak ! waduh3 , sedih banget seyh ! 
jadi pmandu pelancong tu bawak ktorang yang kat bawah ni g makan laksa pangkor jew bagi menghilangkan rasa mengidam pada laksa goreng . hehe .



ni laa dia pengunjung pangkot trip kali kedua atas urusan kerjaa :)



ni kan , sarapan pagi hari kedua :) aq makan ni dengan ho ho ho horlicks hey !

dan lpas makan ktorang sambung buat kerja dalam bilik sampai petang . dan petang tu kitorang terjah laut ! tawaf pangkor naik bot :) tengok la kat bawah ni . heehe . 



pantang jumpa kmera !


doakan kami semoga selamat sampai kat daratan balik . heheh .

ni selepas rempit guna bot dan berendam dalam air . nak snorkeling ta dapat !

ni pic otw g pangkor :) bwat feri sdn bhd plak ktowg . heehe . pic ni pakcik & pasangannya even dah veteran tapi still romantic . tabiatnya sama macam ktowg _ ta hbeh2 snap pic !



sebelum balik , sebelum sesi mengangkat beg masok taxi , sempat lagi ni nak amik pic dengan mto . moto ni tak menaric pon . wane pink tu je yang menggoda aq !
ni mto yang sama tau . aq snap pic kak long dulu , & pastuh dye plak snap pic aq . dan balik rumah , tuhan kurnikan sifat rajin kepada dia untuk edit pic nieh . hehe . 

mengenangkan berapa banyak ye duit aq habis dok kat pangkor 3 hari 2 malam ni ? ngee . 


hehehe . tu jew . dan kerja aq masih ta settle lagi walaupon dah hari ke3 di pangkor . papew pon enjoy jugakkk walau terpaksa rela nak datang sini . tunggukan trip kali ke3 pangkor !!!
Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 1:26 pm No comments:

Followers

Disclaimer

Contact Me
Facebook Badge
Faresha Azahar

Clock

ChatBox


Klik !

Blog Archive

  • ►  2013 (17)
    • ►  November 2013 (3)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  January 2013 (7)
  • ▼  2012 (13)
    • ▼  December 2012 (4)
      • AQDANADIEYA
      • IFArehaZ
      • HARI PERSARAAN DATIN AISHAH AZAHAR
      • PENANGAN TEH TARIK
    • ►  November 2012 (1)
      • KEMBALI UNTUK KALI KE2
    • ►  October 2012 (5)
    • ►  September 2012 (3)

Credit

Big Thanks To
Template : Denim
Design : Nurrul
Owner : Faresha
Others : ♥♥♥♥