-->
Welcome to My Blog . Happy blogging !
skip to main | skip to sidebar
RUANG RASA FARESHA AZAHAR

Thursday, 31 January 2013

PETUA NAK TAMBAH KAWAN


halo halo . sesuai ke aq nak share ilmu nieh . hehe . tapi tapew la , nak share jugak sebab mane tau ade yang skew :)
actually , aq baru balik dari makeup kelas :) dan ade la berlaku sesuatu yang membuatkan aq rasa nak menulis tentang ini :)

pepatah ade mengatakan "berkawan biar berjuta , berkasih biar berpuluh "
ertinya - carilah kawan seramai mungkin , biarlah beribu-ribu kenalan kat fb , twitter , blog , dan se angkatan dengannya tanpa megira saiz baju , jenis shampoo , jenis prepaid , koodinat rumah dalam peta dan sebagainya semasa memilih kawan :)




firman ALLAH s.w.t " wahai manusia , sesungguhnya kami (ALLAH) menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan , dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal . Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara kamu . " ( SURAH AL HUJURAT : 13)


yang pertama - BAIKI AKHLAK & PERIBADI 
* perangai dan tingkah laku kita selalunya akan membuatkan sama ada orang sukaa macam makan aiskrim atau menyampah melanton-lanton . Penampilan yang sopan ala-ala nak masok     slot MENCARI MENANTU selalunya akan menjadi daya tarikan utama untuk orang lain vote kitak untuk dijadikan teman pengganti . Pastikan tingkah laku , tutur katamu , dan cara kita berpakaian membuatkan mata sejuk menghidu , hidung sedap mendengar , telinga sedap memandang . hehe .





Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 12:02 am 1 comment:

CARA PENGGUNAAN FELLINA INCHLOSS


·         Salam lovelies...♥
Tips pengunaan LOTION FELINNA INCHLOSS!
1) Jangan picit terlalu banyak lotion. Sapuan yang terlalu banyak akan menyebabkan kulit merasa amat panas dan pijar.
2) Untuk bahagian perut, picit lotion felinna inchloss sebesar duit 20 sen. Sapukan ke seluruh bahagian perut dan buat sedikit urutan seperti gambarajah untuk memecahkan lemak.
3.) Untuk bahagian dagu dan pipi pula, sapukan hanya sedikit lotion felinna inchloss sudah memadai. Buat urutan ke atas seperti gambarajah.
4.) Ibu mengandung juga boleh menggunakan Felina Inchloss. Tetapi JANGAN sapu pada bahagian perut untuk mengelakkan bayi panas. Boleh sapu pada bahagian kaki, paha dan belakang ( sidikit sahaja). Boleh juga disapu pada bahagian bahu untuk melegakan sakit bahu dan lenguh-lenguh.
5.) Penggunaan yang konsisten dan disiplin akan membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Untuk kesan yang lebih cepat, kawal pemakanan dan bersenam adalah satu langkah yang bijak. Penggunaan sauna pant/sauna belt juga boleh membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak
·         Perihal
·        
NAK KURUS??X PAYAH PIL, SUSU, DIET...JUST DENGAN LOTION FELINA INCHLOSS, HALAL & MENDAPAT KELULUSAN KKM....ANDA DAPAT MENGURUSKAN & MENGURANGKAN LEMAK DENGAN SAPUAN FELLINA INCHLOSS SAHAJA...SAPE YANG BERMINAT JUST LIKE & PM ME NOW..!!!     013-4042819...
Maklumat syarikat.
INCHLOSS BY FELINA ADA APPROVE KKM N ADA SIJIL HALAL...ANDA BOLEH TGK PADA STICKER BOTOL SENDIRI...IA ADALAH PRODUK TEMPATAN YANG NYATA BERKESAN...!!!
Maklumat Umum
FELLINA INCHLOSS...NYATA BERBEZA....!!!
·         1) Ianya xterlalu panas dan berbau seperti minyak angin malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so xdakla org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak angin jek)
2) Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya xda sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak (Pregnant Mom YEk!!!)... Hhe
3) Inchloss rumusan yg bagus utk kulit..lembut kulit,masalah kulit kering,selulit,bagi yang jadi merekah kat tapak kaki pon membantu! Dah berkali2 Felinna reject masa nak buat produk and try last2 mmg ambik yang dipasarkan now sebab sgt puas hati den :)
4)Produk kami dipasarkan with syarikat glamer femes lagi tu yg mmg pakar buat herb- by Miracle herbs.
5) Felinna mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yg pasti xnampak plastik hnya dalam masa sebulan 5KG TURUN uoll! Over x? Haha
6)Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita xpuas hati asalkan bukan muka lah.. Tapi jgn risau bila lemak di badan terbakar so kita nya body tu akn auto peluh2 so nnt muka pon kurus sendiri lah..
Ok masih byk kelebihan inchloss..jadi nantikan!
PRODUK WAJIB ADA bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus yg ada lebih2 isi xbest di luar sana... Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye...
Hheee peace and love
♥



Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 12:01 am No comments:

Wednesday, 30 January 2013

SENARAI TELEFON PINTAR 3G REBATE RM200


Berikut adalah senarai lebih 20 jenis telefon pintar 3G yang dikeluarkan oleh pihak SKMM untuk dibeli bagi mereka yang layak mendapat rebate RM200. Semua telefon pintar yang tersenarai ini adalah bernialai kurang daripada RM500.
Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790
Berkemungkinan pada masa akan datang pihak SKMM akan menambah lagi jenis model yang boleh dibeli dari masa ke semasa.

Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 11:56 pm No comments:

SYARAT MOHON REBATE TELEFON PINTAR RM200


UPDATE: Kabinet memutuskan untuk mansuhkan had harga maksimum RM500 untuk pembelian telefon pintar 3G (smartphone) bagi yang layak mendapat rebate RM200.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendedahkan bahawa rebat RM200 smartphone untuk Belia yang diumumkan dalam Bajet 2013 adalah hanya untuk telefon pintar yang berharga di bawah RM500.
SKMM telah menyatakan syarat-syarat permohonan berikut dalam laman webnya:
1) Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun;
2) Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah;
3) Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500;
4) Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar;
5) Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru;




Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 11:51 pm No comments:

PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE


PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
Syarat-Syarat Kelayakan
1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
3) Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
4) Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
5) Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
6) Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Soalan-Soalan Lazim (FAQS)
Soalan:
Apakah itu Get Malaysian Business Online?
Jawapan:
Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
Soalan:
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
Jawapan:
Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Soalan:
Bilakah saya boleh mula memohon?
Jawapan:
Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.
Soalan:
Bagaimana cara untuk saya memohon?
Jawapan:
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
Soalan:
Bagaimanakah geran diagihkan?
Jawapan:
Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
Soalan:
Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
Jawapan:
Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
Soalan:
Apakah sebab permohonan ditolak?
Jawapan:
Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
Syarat-syarat tidak dipenuhi;
Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.
Soalan:
Berapa kali permohonan boleh dibuat?
Jawapan:
Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.
Soalan:
Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
Jawapan:
Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.
Soalan:
Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
Jawapan:
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.
Soalan:
Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
Jawapan:
Tiada.
Soalan:
Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
Jawapan:
Tidak
Soalan:
Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
Jawapan
Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.
Soalan:
Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
Jawapan:
Tiada
Soalan:
Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
Jawapan:
Tiada.
Soalan:
Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
Jawapan
Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.
Soalan:
Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
Jawapan:
Ya.
Soalan:
Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
Jawapan
Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Soalan:
Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
Jawapan:
Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.
Soalan:
Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
Jawapan:
Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
Soalan:
Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
Jawapan:
Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di www.getmybusinessonline.com.my untuk membina laman sesawang dan pengehosan percuma.
Soalan:
Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
Jawapan:
Ya.
Soalan:
Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
Jawapan:
Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.
Soalan:
Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
Jawapan:
Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
Soalan:
Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
Jawapan:
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
Soalan:
Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
Jawapan:
Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.


Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 11:49 pm No comments:

Thursday, 10 January 2013

LA TAHZAN



Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 11:23 pm 2 comments:

Saturday, 5 January 2013


Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 7:22 pm No comments:

Followers

Disclaimer

Contact Me
Facebook Badge
Faresha Azahar

Clock

ChatBox


Klik !

Blog Archive

  • ▼  2013 (17)
    • ►  November 2013 (3)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (4)
    • ▼  January 2013 (7)
      • PETUA NAK TAMBAH KAWAN
      • CARA PENGGUNAAN FELLINA INCHLOSS
      • SENARAI TELEFON PINTAR 3G REBATE RM200
      • SYARAT MOHON REBATE TELEFON PINTAR RM200
      • PROGRAM GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE
      • LA TAHZAN
      • No title
  • ►  2012 (13)
    • ►  December 2012 (4)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (5)
    • ►  September 2012 (3)

Credit

Big Thanks To
Template : Denim
Design : Nurrul
Owner : Faresha
Others : ♥♥♥♥