-->
Welcome to My Blog . Happy blogging !
skip to main | skip to sidebar
RUANG RASA FARESHA AZAHAR

Sunday, 28 July 2013

LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Anda mengalami masalah tanda atau lingkaran hitam di bawah mata?
Mata anda kelihatan seperti panda akibat kurang tidur atau keletihan.


Jom atasi masalah anda dengan petua-petua di bawah:

  • Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.
  • Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

  • Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

  • Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.


Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 2:43 pm No comments:

RENUNGAN BUATMU GURU .....

Renungan Buat Guru

Kalau guru malas membaca,
Ilmu diajar tidak tentu punca..
Kalau guru tidak bersedia,
Dalam kelas banyak bercerita...

Kalau guru sentiasa sibuk,
Murid dalam kelas hiruk pikuk,
Kalau guru sentiasa marah,
Murid keluar tak tentu arah...
Kalau guru tak sukakan pelajar,
Tak berkat ilmu yang diajar..

Kalau guru tak galak membaca,
Murid sekadar asyik menerima..
Kalau guru suka berdamping,
Semua murid dapat dibimbing..

Kalau guru menunggu arah,
Semua kerja kena kerah...
Kalau guru kenal pelajar,
Diluar sekolah dia tak liar..


Kalau guru kurang merancang,
Dalam kelas banyak temberang..
Kalau guru banyak tak tahu,
Bimbinglah dia agar berilmu..
Kalau guru ada kepandaian,
Duatlah dia dengan kemudahan....

Apa guna menjadi guru kalau fikiran masih bercelaru...
Apa guna menjadi pelajar kalau masih kurang ajar...





Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 2:23 pm No comments:

"BALIK KAMPUNG"


Setiap kali menjelang lebaran warga kota berpusu-pusu pulang ke desa . Wajah ayah bonda tercinta terus menggamit dan melambai-lambai untuk kite segera tiba . Hari raya bagaikan tidak lengkap andainya kedua-dua telapak tangan mereka tidak dapat dikucup . Puas melerai  air mata ke ribaan mereka dilangsungkan dengan jabat bermaaf-maafan sesama saudara kandung yang berkumpul setahun sekali . :)

Inilah antara hikmah Ramadhan . Ia mampu melebur dosa-dosa dan membawa kita kepada kejernihan hati selepas sebulan memagar diri dengan amalan-amalan rohani . Hati kembali memuhasabah diri , "Siapa aku , di mana aku dan ke mana destinasiku selepas ini ? " . Hati benar-benar 'kembali kepada fitrah' sesuai dengan tuntutan kalimah Aidilfiti .


  • Kita adalah warga akhirat ......
  • Daripada Allah kita datang ......
  • Balik kampung akhirat akan melalui proses kematian
  • Alam Barzakh adalah umpama lokap untuk sementara ditahan reman ...
  • Kampung akhirat hanya ada syurga @ neraka 
  • Cara hidupdi dunia akan menentukan cara hidup di akhirat



Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 2:06 pm No comments:

LEBARAN BERKAT

Ada desir ucapan salam
pada gemersik semilir pagi
yang menemani terbit mentari
.....Salam Aidilfitri

Ada doa mohon selamat
pada gemersih semilir senja
yang mengiringi terbenam suria
....Selamat Hari Raya

Salam , membawa khabar berita gembira
Inilah hari membasuh dosa
dengan bermaafan sesama kita
memadam dendam dan sengketa

Selamat menitip ingatan pesanan amanat
Agar sentiasa di dalam taat
Perbanyak zikrullah pelihara syariat
Berjuraian rahmat memercik berkat



Terima Kasih Baca Cerita Saya

Dicatat oleh Unknown di 1:24 pm No comments:

Followers

Disclaimer

Contact Me
Facebook Badge
Faresha Azahar

Clock

ChatBox


Klik !

Blog Archive

  • ▼  2013 (17)
    • ►  November 2013 (3)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ▼  July 2013 (4)
      • LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
      • RENUNGAN BUATMU GURU .....
      • "BALIK KAMPUNG"
      • LEBARAN BERKAT
    • ►  January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • ►  December 2012 (4)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (5)
    • ►  September 2012 (3)

Credit

Big Thanks To
Template : Denim
Design : Nurrul
Owner : Faresha
Others : ♥♥♥♥